Rabu, 19 Jun 2019

Isnin, 30 Ogos 2010

LDP 5

Warga SK Kubu telah menjalankan LDP 5 pada 19.8.2010. LDP tersebut telah disampaikan oleh Pn. Nor Idzlina Bt. Idris dan En. Saiful sambil dibantu oleh Pn. Asmah Bt. Latip.dari Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor. Tajuk LDP yang dibentangkan adalah 'Persembahan PowerPoint Interaktif'. Walaupun masa yang terhad, kami warga SK Kubu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembentang perkongsian ilmu semoga dapat dimanafaatkan dalam P&P guru-guru SK Kubu.

Ahad, 22 November 2009






Hari Konvokesyen Anjung Firasat

Pada hari sabtu 21 November 2009 Tadika Anjung firasat telah mengadakan hari konvokesyen kali pertama. Sambutan pada pagi tersebut agak meriah dan Anis telah mengambil bahagian dalam persembahan story telling dan nyanyian. Anis Khairina juga telah berjaya menduduki tempat kedua anugerah kecemerlangan murid lima tahun. Tahniah diucapkan kepada Anis Khairina.

Khamis, 12 November 2009

Baju saya cantik tak?



Tahniah untuk Anis Khairina kerana mendapat tempat ke-2 pakaian beragam Tadika Anjung Firasat. Tahniah untuk anak ayah.....ummphhh....





Pak Uda tewas di perlawanan bowling peringkat keluarga bulan Oktober WBMITC Melaka. Haikal dan Anis sibuk juga nak joint main bowling. Ibu kepenatan main bowling terus menyandar kat kerusi. Mak Uda tanpa segan silu berjaya merampas kedudukan pembaling terbanyak masuk ke dalam longkang .

Selasa, 13 Oktober 2009



Assalamulaikom. Kenangan seisi keluarga ketika bersiar-siar di bandar Hilir Melaka